Monday, October 2, 2017

Atasi Sikap Bertangguh

Satu sikap yang ada dalam setiap diri kita dan menjadi penyebab kepada kegagalan kita. Iaitu sikap bertangguh. Bertangguh maknanya kita dengan sengaja melambatkan atau tidak menyiapkan satu-satu kerja, aktiviti atau tugasan yang sememangnya penting atas alasan yang tidak penting. Sebaliknya kalau sesuatu kerja itu terpaksa diketepikan seketika kerana ada sesuatu yang lebih penting lagi yang mesti disiapkan, maka itu bukanlah bertangguh. 

Malangnya, ramai diantara kita atas alasan yang remeh temeh melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan. Mari kita renungkan seketika, kalau anda seorang pekerja di pejabat, apa agaknya kerja semalam yang anda tahu penting tetapi tidak dibuat. Mungkin ada borang yang perlu dilengkapkan dan dihantar; atau panggilan kepada pelanggan yang belum dibuat; atau projek yang belum disiapkan malah mungkin belum dimulakan; atau khidmat selepas jualan yang tidak dibuat meskipun berkali-kali anda ingatkan diri anda ia adalah penting. Bagaimana pula dengan urusan dirumah? Anda mungkin dah lama mahu mengecat rumah tetapi sehingga kini masih belum siap; atau menyapu lantai, menggosok baju, mengelap tingkap, mencuci bilik air. 

Bagaimana pula dengan urusan peribadi anda? Anda tahu sudah tiba waktunya anda menghubungi ibu bapa di kampung; atau emel sahabat yang tidak berbalas dan SMS yang belum dijawab. Anda tahu berat badan mula bertambah dan sudah sekian lama anda mahu turunkan berat badan dengan menjaga diet dan melakukan senaman harian. Sudahkah ia dilakukan? Rambut yang semakin panjang sudahkah dipotong? Kalau direnungkan dengan ikhlas maka kita akan dapati terlalu banyak yang mahu dilakukan dan terlalu sedikit masa yang ada. Kalau tahu masa semakin sedikit kenapa dihabiskan untuk perkara-perkara yang tidak termasuk dalam senarai penting kita? Iaitu senarai yang kita tahu mesti dilakukan segera. Atau anda sebenarnya tidak pernah buat satu senarai pun selama ini? Segalanya hanya dirancang dalam kepala maka tidak hairanlah kalau anda lupa. Apabila kita bertangguh, kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja semakin menimbun. Akibat dari rasa tertekan ini ialah kemurungan serta emosi yang tidak menentu. Kesihatan juga turut terganggu dan semua ini pasti menjejaskan produktiviti. Hasilnya, kita menjadi orang yang gagal dalam kehidupan sama ada dari kerjaya, akademik, kesihatan, ibadah, kewangan dan sebagainya. 


Kenapa Wujudnya Sikap Bertangguh?

Antara faktor yang menjadi penyebab tangguh ini ialah: 
1. Pengurusan yang lemah, sama ada dari segi pengurusan diri, masa, dan tugas.


2. Takut, sama ada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara lain, ramai orang yang akan dengki dan sebagainya. Ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. Walau apa sekalipun alasannya, 90% daripada apa yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku. 


3. Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi.


4. Masalah fizikal. Masalah kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasaan malas. Ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.


5. Masalah sikap. Sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya pasti akan tertangguh. Bagaimana Mengatasinya? Tangguh bukanlah masalah yang tidak boleh diselesaikan. Ia bukannya perkara biasa dalam kehidupan yang tidak dapat dielak. Sebaliknya ia adalah kebiasaan atau tabiat yang tertanam dalam diri kita kerana kita tidak mendidik diri dengan amalan-amalan kecemerlangan. Berikut dinyatakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah umum ini: 

1. Agih-agihkan tugas. Pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan. Salah satu penyebab kepada tangguh ialah rasa kerja yang mahu dibuat itu terlalu sukar atau terlalu banyak. Kalau terlalu banyak, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil. Kalau terlalu sukar, dapatkan seseorang yang boleh membantu. Tanya mereka! Jangan jadi orang yang berat mulut. Dalam dunia ni tiada sesiapa pun yang akan membantu kita tanpa diminta.

 
2. Buat senarai tugas atau ‘TO DO LIST’. 


3. Dapatkan satu diari, nak canggih lagi pakai ‘Palmtop’. Malah telefon bimbit pun dah boleh untuk masukkan aktiviti kita. Sebenarnya, jangan bazirkan duit dengan membelanjakan wang membeli diari atau organizer yang mahal-mahal. Ramai orang yang saya perhatikan, ketika semangatnya datang, mereka keluarkan duit untuk tujuan ini tetapi akhirnya sia-sia juga. 


4. Cari cara untuk ingatkan kita. Contoh: Jam loceng, komputer, digital organizer dan sebagainya.


5. Sediakan segala keperluan lebih awal. Contoh: Nak ambil pemadam, hanya kerana itu kerja tertangguh 30 minit. Nak ke bilik air dan sebagainya. Kita kena ingat, kita dibayar gaji untuk bekerja 8 jam sehari jadi buatlah yang terbaik! 

6. Tiada dua orang yang serupa. Lain orang lain masa yang mana dia akan paling produktif. Oleh itu kenali masa produktif kita dan gunakan masa ini untuk siapkan kerja-kerja penting kita. 
7. Tukar cara fikir atau ‘mindset’ kita. 


8. Just do it! Jangan peduli apa orang lain akan kata. Ia adalah soal masa depan kita. Percaya cakap saya, 90% daripada sangkaan-sangkaan dan kebimbangan kita itu sebenarnya tidak akan berlaku! 


9. Belajar dari kesilapan. Mula melangkah apabila sudah ada perancangan dan jangan tunggu untuk segala-galanya sempurna sebab ketidaksempurnaan itu sememangnya sifat semulajadi setiap hasil ciptaan manusia. Contoh: TV hitam putih wujud sebelum ada TV warna. Telefon bimbit besar sebelum ada yang kecil molek. Orang yang mencipta dan menjual barang-barang ini tidak menunggu segalanya sempurna. Mereka mengaut keuntungan awal dan menggunakan keuntungan itu untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan barangan yang lebih baik.


10. Senaman secara konsisten, 20 minit sehari, 3x seminggu. 


11. Jaga diet atau pemakanan. Makan makanan yang kurang lemak dan yang tinggi kandungan fibernya seperti buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Makan roti yang ada tertulis perkataan ‘high fibre’. 


12. Rehat yang cukup - Lakukan meditasi atau rileks. Itu gunanya kita lepas solat sambung berzikir dan berwirid. 



13. Mulakan sedikit, bertatih sebelum berlari. Tidak perlu untuk menghabiskan apa yang mahu dilakukan itu serentak. Manusia mudah rasa jemu dan bosan. Oleh itu, lakukanlah sedikit tetapi konsisten. Pelbagaikan aktiviti dan jangan fokus hanya kepada satu tugas semata-mata. 


14. Ganjari diri sendiri setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu tugas atau pekerjaan.

Tuesday, September 26, 2017

Vivix Shaklee: Testimoni Kelebihan & Keberkesanannya

VIVIX.. ANTIOKSIDAN TERBAIK DI DUNIA

Lately banyak dengar tentang manfaat antioxidants untuk CANTIK & SIHAT kaaan
Kenapa ANTIOXIDANTS hot sesangat sekarang? Sana sini orang nak antioxidants

✔ANTIOXIDANTS ni lawan radikal bebas & RADIKAL BEBAS datang dari PENCEMARAN UDARA, ROKOK, MAKANAN & SINARAN MATAHARI

✔RADIKAL BEBAS ni AKAN GANGGU DNA dan imuniti badan, ia PUNCA UTAMA CANCER, JANTUNG, TUMOR DAN PENYAKIT LAIN sebab sel terganggu

so macam mana ANTIOXIDANTS bantu kesihatan kita?

BANTU LAWAN RADIKAL BEBAS DENGAN MASUK KE BADAN DAN MATIKAN RADIKAL BEBAS

HIDUPKAN SEMULA SEL2, SARAF & ORGAN yang telah terganggu seperti:

✔CANCER, TUMOR, CYST FIBROID ENDOMETRIOSIS
✔STROKE & KEBAS2
✔PANCREAS(hasilkan insulin semula),
✔BUAH PINGGANG rosak dan TERPAKSA DIALASIS

Bantu kuatkan mata, ingatan dan imun sistem dengan pengambilan ANTIOXIDANTS yang berkualiti dan berterusan

ANTIOXIDANTS shaklee mempunyai paten dan jurnal ilmiah terhadap kandungan ANTIOXIDANTS produk VIVIX SHAKLEE












Mana yang nak tahu lanjut boleh whatsapp suria ya. Jangan segan silu.
017-7774462
017-7774462
www.wasap.my/6017-7774462

Thursday, September 21, 2017

KHASIAT HALIA

KHASIAT HALIA


Rupa-rupanya banyak khasiat halia dan cara guna:
Jom lah cuba tips2 di bawah:
1. Merahkan Bibir
Kupas halia muda, kemudian tumbuk separuh hancur.Sapu halia tumbuk ini pada bahagian bibir.Amalkan petua ini sekali sehari.
2. Buang Angin & Toksin
Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh (kalau teh hijau lagi bagus.Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar.
3. Langsingkan Badan
Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas , madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong dijamin akan merasai perbezaan.
4. Menghilangkan Bau Badan
Amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.
5. Menaikkan Seri Wajah
Ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas dalam 300ml. Minumlah setiap pagi, ini akan membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas. Ia sekaligus menaikkan seri wajah.
Moga Bermanfaat!

9 CARA ATASI KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL TANPA RASA STRESS

9 CARA ATASI KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL TANPA RASA STRESS
                              

DEFINISI KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL ATAU EDEMA

Gejala kaki bengkak atau ‘Edema’ yang berlaku kepada ibu mengandung adalah perkara normal disebabkan perubahan hormon dan fisiologi tubuh.

Sepanjang tempoh kehamilan, Ibu mengandung akan mengalami fasa tubuh menyimpan 50% lebih banyak cecair tubuh dan darah untuk keperluan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Ini dapat ditunjukkan melalui fizikal rahim yang semakin berkembang atau membesar dan pertambahan cecair amniotik serta tumbesaran bayi di dalam kandungan.Secara tidak langsung menyebabkan pertambahan berat badan normal.

Pertambahan berat badan memberi tekanan secara perlahan kepada anggota kaki yang berfungsi menampung jisim tubuh.Keadaan ini turut menyebabkan tekanan dipindahkan kepada sistem peredaran darah yang membawa darah dari bahagian kaki kembali ke jantung.

Tekanan menyebabkan aliran darah menjadi perlahan dan memaksa ia tertumpu dan terkumpul di bahagian kaki dan pergelangan kaki.

Bengkak kaki menjadi semakin ketara apabila fasa kehamilan mulai masuk ke trimester ke-3 (usia kandungan masuk 7 bulan) dan tekanannya menjadi berganda bagi ibu yang mengandung bayi kembar atau ketika berada di musim panas.

Namun, bengkak kaki ini beransur pulih selepas kelahiran bayi disebabkan pengurangan berat badan secara drastik.Simptom ini ditunjukkan melalui aktiviti kerap kencing dan banyak berpeluh di hari pertama kelahiran.

9 CARA ATASI KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL


1 – Elakkan berdiri statik terlalu lama
· Aktifkan pergerakan bagi mengelak pengumpulan darah pada kaki untuk melancarkan peredaran darah.

2 – Angkat kaki setinggi mungkin dari lantai ketika duduk
· Tujuannya juga untuk membantu kelancaran peredaran darah dan mengelakkan kebas kaki.
· Apabila duduk di kerusi semasa bekerja, letakkan kaki di atas bangku rendah, kotak kecil atau susunan buku di bawah meja.
· Elakkan tabiat menyilangkan kaki ketika duduk, boleh menyebabkan kekejangan.

3 – Lakukan aktiviti regangan ringan ketika duduk lama
Jika melakukan kerja yang memerlukan posisi duduk yang agak lama, rajinkan diri melakukan aktiviti regangan pada kaki. Caranya mudah:
· Julurkan kaki ke arah luar dan angkatkan sedikit sebelah tumit kaki dari lantai.
· Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah atas dalam kiraan 8
· Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah bawah dalam kiraan 8
· Pusingkan pergelangan kaki ikut arah jam dalam kiraan 8 pusingan
· Pusingkan pergelangan kaki lawan arah jam dalam kiraan 8 pusingan

Ulangi cara yang sama untuk sebelah kaki yang lain
Senaman regangan kaki mampu meningkatkan suhu otot betis dan meningkatkan fleksibiliti sendi serta memperbaiki aliran darah.oleh itu, lakukan dengan penuh keselesaan bukan untuk kesakitan.

4 – Posisi baring mengiring
· Mengamalkanposisi tidur terbaik bagi wanita hamiliaitu berbaring secara mengiring.
· Selaras dengan ajaran baginda Rasulullah S.A.W, kita dianjurkan supaya berbaring di atas lambung kanan (mengiring ke kanan) secara umumnya ketika berbaring untuk tidur kerana mengandungi hikmah yang tersendiri.
· Bagi ibu mengandung, elakkan berbaring secara terlentang dan tentunya tidak meniarap (jika boleh) lebih-lebih lagi apabila fasa kehamilan masuk ke trimester ke-3.

5- Pakai kasut yang sesuai
· Ketika melakukan aktiviti luar, ibu mengandung perlu bijak memilih kasut yang bersesuaian.
· Elakkan memakai kasut bertumit tinggi atau yang terlalu ketat kerana boleh mengganggu kestabilan dan menambahkan tekanan pada kaki.

6 – Pilih Sarung kaki yang lembut
· Elakkan memakai stokin yang mempunyai gelang getah yang ketat. Selain boleh menambah kesan bengkak kaki akibat gangguan aliran darah sekitar pergelangan kaki, ia juga boleh menyebabkan kekejangan.
· Pilih stokin yang lembut dan bersesuaian dengan ibu hamil. Selain baik untuk bengkak kaki, ia juga baik untuk mengurangkan kesejukan ketika waktu malam, lantai simen atau waktu musim hujan.

7 – Banyakkan meminum air kosong
· Air kosong banyak membantu proses dehidrasi tubuh dan denjadikan tubuh segar disamping membantu proses perkumuhan dalam badan. Jangan khuatir, ia tidak menyebabkan pertambahan berat tubuh badan ibu mengandung


8 – Aktif dengan senaman
· Di awal proses kehamilan ibu mengandung digalakkan melakukan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal, berenang atau aerobik.
· Aktiviti air seperti merendam kaki atau berendam separas bahu baik untuk melegakan bengkak kaki bagi ibu mengandung.

9 – Amalkan pemakanan sihat
· Kurangkan atau jauhi makanan segera dalam tin atau yang tersedia proses lain.
· Gantikan makanan segera dengan pengambilan snek sihat untuk ibu mangandung seperti bijirin, yogurt, minuman berjus,salad dan buah-buahan.
· Pengambilan suplemen vitamin C, vitamin B Complex, kalsium dan zat besi sangat baik untuk membantu kesihatan ibu dan tumbesaran bayi yang sihat. Jangan abaikan nutrisi sepanjang kehamilan. Pastikan yang semulajadi dan bukan datang dari kejuruteraan sintetik.

PETUA UNTUK DAPATKAN RAMBUT LURUS

PETUA UNTUK DAPATKAN RAMBUT LURUS

MINYAK KELAPA


Dengan mengguna minyak, lakukan rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut lurus dan sihat.

Haba yang dihasilkan sewaktu rawatan minyak panas membantu mengawal rambut yang beralun agar tampil lurus.

Caranya:
Panaskan minyak dalam microwave selama 20 saat
Sapu minyak yang sudah suam ke rambut dan urut kepala selama 15 hingga 20 minit
Kemudian, sikat rambut agar minyak diserap dengan sekata
Bungkus rambut dengan tuala panas selama 30 hingga 40 minit
Selepas itu, syampu dan bilas.
Jangan keringkan rambut terus tetapi sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang sementara masih basah

PUNCA TUMIT PECAH?

PUNCA TUMIT PECAH?

Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas.Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi.Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki.

Jom ikuti tip penjagaan tumit.




FAKTOR PENYEBAB

· Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
· Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
· Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
· Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
· Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
· Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

PENYELESAIAN

· Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
· Kekalkan berat badan ideal.Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
· Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.

PETUA TRADISIONAL MENCANTIKKAN TUMIT KAKI YANG PECAH

· Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
· Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
· Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
· Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
· Gosok tumit pecah dengan bawang merah.
· Urut dgn minyak zaitun sebelum tidur

AMARAN KERAS
Kepada mereka yang gemar memotong  kulit kaki dgn pisau, BERHATI HATI kerana tabiat itu boleh mengundang bahaya seperti

JANGKITAN KUMAN, KULIT MENIPIS DAN LEBIH CEPAT PECAH BERBANDING BIASA

CARA MENGIKUT PETUA KURUSKAN BADAN TANPA UBATAN



1. PILIH MAKANAN BEREMPAH
· Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.



2. PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG
· Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang didalam makanan kerana mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, dan mineral.

3. DIARI PEMAKANAN

· Simpan satu diari dan rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.
· Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat.
· Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

4. UTAMAKAN KESIHATAN
· Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus.
· Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

5. CARA MEMASAK
· Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus.

· PILIHAN PERKAKAS
Ketika memilih piring makanan, ambil lah piring yang rata dan bukan piring cekung.Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk daging.Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.

6. TABIAT BERBELANJA
· Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

7. KURANGKAN GULA
· Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


8. AKTIVITI SAMPINGAN
· Berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja diisi.
· Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop.